Makanan halal adalah masalah utama kepada pelancong Muslim terutamanya
apabila terdapatnya kekangan bahasa dan komunikasi antara penduduk
tempatan. Namun, penduduk Jepun amat prihatin dan sudi memberi bantuan
sekiranya anda dapat bertanyakan dengan cara yang betul. Apa yang perlu
anda tanya adalah :-
๐ ใใฎๆ็ใฏใ่ใใ้ ใชใฉใๅ ฅใฃใฆใใพใใใ?
Kono ryouri wa oniku ka osake nado haitte imasen ka ?
Dalam masakan ini, adakah ada kandungan daging atau sake (arak) ?
๐ ใใฎ้ฃฒใฟ็ฉใฏใ้ ใๅ ฅใฃใฆใใพใใใ?
Kono nomimono wa osake ga haitte imasen ka ?
Dalam minuman ini, adakah ada kandungan sake (arak) ?
๐ ใใฟใพใใ、่ฑ่ใใ ใใงใ。
Sumimasen, buta niku wa dame desu.
Minta maaf, daging khinzir tidak boleh.
๐ ใ็ฅใ้ฃใน็ฉ / ้ฃฒใฟ็ฉใฏใใใพใใใ?็งใฏใ ในใชใ ใ ใใใงใ。
Oharai tabemono / nomimoni wa arimasen ka? Watashi wa musurimu dakara desu.
Ada terdapat makanan halal? Saya adalah seorang muslim.
Namun, masih lagi banyak makanan halal boleh dijumpai di Jepun
terutamanya restoran-restoran milik penduduk Turki, India, Pakistan dan
juga Malaysia. Setiap restoran yang sajikan makanan halal akan
dilabelkan dengan tanda HALAL atau Muslim Friendly di hadapan pintu masuk
masing-masing. Ada sesetengah restoran milik penduduk Jepun juga telah
mengambil persijilan halal daripada komuniti Islam tempatan. Walaupun
bilangannya tidaklah banyak, namun kedudukannnya yang strategik di
tumpuan pelancong asing seperti di lapangan terbang antarabangsa dan
juga stesen keretapi api utama serta bandar-bandar besar seperti Tokyo, Osaka dan Nagoya. Tetapi perlu diingatkan, makan di
restoran sedemikian akan mengundang bajet yang tinggi.
![]() |
Logo Halal |
Antara makanan yang murah dan boleh dimakan ialah onigiri [๐、ใใซใใ], iaitu sejenis nasi kepal dibalut dengan rumpai laut atau dipanggil nori [ๆตท่]. Dalam kepalan nasi tersebut terdapat pelbagai kandungan inti seperti tuna mayonis, salmon, udang dan sebagainya. Tetapi awas dan perlu berhati-hati, ada sesetengah onigiri mengandungi inti berisi daging. Harga onigiri dalam lingkungan ¥100 ~ ¥150 dan amat berpatutan. Bertanya lebih baik untuk elakkan rasa was-was dalam hal ini.
![]() |
Kedai Serbaneka di Jepun |
Rahsianya ialah pembaharuan stok jualan sepanjang masa. Kedudukan
konbini boleh menjadi sebahagian daripada sebuah stesen minyak, di tepi
jalan raya yang sibuk , berhampiran stesen keretapi atau hab
pengangkutan yang lain. Konbini biasanya mengenakan harga yang jauh
lebih tinggi daripada kedai-kedai runcit konvensional atau pasar raya.
Namun, konbini pastinya akan memberikan keperluan kepada mereka yang
perlukan sesuatu dalam masa kecemasan dan memudahkan pelanggan.
No comments:
Post a Comment