Mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 Dari Akta Bekalan Elektrik 447 1990
"Pencawang ertinya mana-mana premis atau bahagiannya yang terkepung yang mempunyai radas sama ada untuk mengubah atau menurunkan tenaga kepada atau daripada voltan tinggi (selain daripada mengubah atau menurunkan tenaga semata-mata bagi pengendalian peranti pensuisan atau peralatan), atau untuk pensuisan, pengawalan atau pengawalseliaan tenaga pada voltan tinggi dan yang cukup besar untuk membolehkan orang masuk selepas radas diletakkan pada tempat itu, dan termasuk radas di dalamnya."
Pencawang elektrik pembahagian adalah penempatan dan pemasangan beberapa perkakasan atau radas elektrik seperti alat pensuisan voltan tinggi, pengubah tiga fasa, kabel voltan tinggi, kabel voltan rendah dan papan pengagihan voltan rendah, pengecas bateri.
Tujuannya ialah untuk mengarahkan pengaliran tenaga elektrik dalam sistem kuasa dan memastikan keselamatan sistem dengan menyediakan satu skim perlindungan.
Pencawang Elektrik, secara asas mengandungi satu atau beberapa litar pendatang (in-coming) dan keluar (out-going) yang dikawal oleh alat pensuisan voltan tinggi dan bertemu disatu atau lebih sistem basbar yang sama.
KRITERIA PEMILIHAN PEMBINAAN PENCAWANG
Kriteria bagi pemilihan pembinaan pencawang adalah seperti berikut:
- Keperluan dan jenis pengguna seperti kampung, taman perumahan,hotel, industri kecil atau besar dll.
- Memperkukuhkan sistem pembahagian voltan tinggi atau voltan rendah
- Lokasi fizikal pencawang
- Kos
- Jenis pencawang dan alatsuis yang akan digunakan
- Keadaan beban dan pengagihan beban dalam jangka masa panjang
- Bekalan untuk pencawang
- Komponen dan Alat kawalan sepert SCADA, RTU, Kapasitor Bank dll
- Pencawang Masuk Utama (PMU)
- Pencawang Pembahagian Utama (PPU)
- Pencawang Elektrik (PE)
1. PENCAWANG MASUK UTAMA (PMU)
- Membekal pengguna besar
- Membekal pengguna biasa
- Mengukuh rangkaian
- PMU (132 / 33kV) -- PPU (33 /11kV) -- PE (11kV / 0.433kV)
- PMU(132 / 33kV) -- PPU (33 /11kV) -- SSU (11kV) -- PE (11 / 0.433kV)
- PMU (132 / 33kV) -- SSU (33 /11kV) -- PE(11kV / 0.433kV)
- PMU (132 / 11kV) -- SSU (11kV) -- PE (11kV / 0.433kV)
No comments:
Post a Comment