![]() |
Rumah Penduduk Jepun Di Pinggir Tokyo |
Jepun merupakan negara yang mengamalkan budaya displin yang cukup mantap. Maka, tidak hairanlah sekiranya setiap peraturan yang diwujudkan dapat dipatuhi oleh mereka. Di sini disertakan beberapa tips dan panduan yang perlu dipatuhi oleh setiap pelancong agar Malaysia tidak dipandang sebagai rakyat kelas ketiga.
- Tawar - menawar harga semasa membeli bukan menjadi amalan kebiasaan di Jepun. Sekiranya anda memulakan tawar - menawar sehingga ke harga yang diberi oleh penjual, pastikan anda membelinya.
- Meninggalkan bilik hotel dalam keadaan bersepah dan tidak kemas. Masyarakat Jepun amat menitikberatkan "Do It Yourself" hinggakan bilik hotel ditinggalkan dalam keadaan teratur apabila daftar keluar bilik.
- Mengambil gambar tanpa kebenaran individu seperti mengambil gambar budak-budak Jepun. Ini membolehkan anda didakwa oleh pihak berkuasa sekiranya tertangkap.
- Menghisap rokok di tempat awam. Ruangan menghisap rokok disediakan dan pastikan anda mematuhi.
- Membuang sampah di merata tempat dan tidak mengasingkannya mengikut kategori iaitu plastik, tin, botol dan kertas.Amalan kitar semula menjadi budaya bermula daripada kecil lagi.
- Bercakap dengan nada kuat semasa berada di restoran, di dalam keretapi, bas dan juga tempat awam. Masyarakat Jepun amat tidak suka mereka yang membuat bising terutamanya di dalam keretapi. Banyak pelancong Malaysia bercakap dengan nada kuat kerana terlalu "excited" apabila di tempat asing.
- Karpet bilik solat basah selepas mengambil wuduk walaupun sudah disediakan tempat lap kaki. Ruangan bilik di Jepun amat sempit maka, perkara mengambil wuduk tidak akan sama sepertimana di Malaysia. Perlu berhati-hati dan ambil wuduk dengan tenang serta tidak memercikkan air.
- Masukkan kaki ke dalam sinki semasa mengambil wuduk. Perkara ini sering terjadi apabila sukar mencari tempat yang sesuai. Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan botol air mineral amatlah sesuai apabila membasuh kaki.
![]() |
Suasana malam di sekitar Akihabara, Tokyo |
![]() |
Jambatan merentasi sungai di tengah bandaraya Tokyo |
Alangkah malunya sekiranya kita tidak menunjukkan displin dan sikap yang elok semasa berada di negara orang. Ingatlah, kita adalah sebagai duta kecil yang membawa imej Malaysia apabila melancong ke luar negara terutamanya di Jepun. Masyarakatnya amatlah sensitif dengan sebarang ketidakpatuhan yang dilakukan oleh rakyat asing walaupun kecil pada pandangan mata kita.
Facebook : AKU SEBUAH DIARI
No comments:
Post a Comment