Friday, 26 April 2019

Info Ringkas Panduan Makanan Halal Di Jepun

Makanan halal adalah masalah utama kepada pelancong Muslim terutamanya apabila terdapatnya kekangan bahasa dan komunikasi antara penduduk tempatan. Namun, penduduk Jepun amat prihatin dan sudi memberi bantuan sekiranya anda dapat bertanyakan dengan cara yang betul. Apa yang perlu anda tanya adalah :-
๐Ÿ‘‰ ใ“ใฎๆ–™็†ใฏใŠ่‚‰ใ‹ใŠ้…’ใชใฉใŒๅ…ฅใฃใฆใ„ใพใ›ใ‚“ใ‹?
Kono ryouri wa oniku ka osake nado haitte imasen ka ?
Dalam masakan ini, adakah ada kandungan daging atau sake (arak) ? 
๐Ÿ‘‰ ใ“ใฎ้ฃฒใฟ็‰ฉใฏใŠ้…’ใŒๅ…ฅใฃใฆใ„ใพใ›ใ‚“ใ‹?
Kono nomimono wa osake ga haitte imasen ka ? 
Dalam minuman ini, adakah ada kandungan sake (arak) ? 
๐Ÿ‘‰ ใ™ใฟใพใ›ใ‚“、่ฑš่‚‰ใŒใ ใ‚ใงใ™。
Sumimasen, buta niku wa dame desu. 
Minta maaf, daging khinzir tidak boleh. 
๐Ÿ‘‰ ใŠ็ฅ“ใ„้ฃŸใน็‰ฉ / ้ฃฒใฟ็‰ฉใฏใ‚ใ‚Šใพใ›ใ‚“ใ‹?็งใฏใƒ ใ‚นใƒชใƒ ใ ใ‹ใ‚‰ใงใ™。
Oharai tabemono / nomimoni wa arimasen ka? Watashi wa musurimu dakara desu.
Ada terdapat makanan halal? Saya adalah seorang muslim.
Namun, masih lagi banyak makanan halal boleh dijumpai di Jepun terutamanya restoran-restoran milik penduduk Turki, India, Pakistan dan juga Malaysia. Setiap restoran yang sajikan makanan halal akan dilabelkan dengan tanda HALAL atau Muslim Friendly di hadapan pintu masuk masing-masing. Ada sesetengah restoran milik penduduk Jepun juga telah mengambil persijilan halal daripada komuniti Islam tempatan. Walaupun bilangannya tidaklah banyak, namun kedudukannnya yang strategik di tumpuan pelancong asing seperti di lapangan terbang antarabangsa dan juga stesen keretapi api utama serta bandar-bandar besar seperti Tokyo, Osaka dan Nagoya. Tetapi perlu diingatkan, makan di restoran sedemikian akan mengundang bajet yang tinggi.
Logo Halal
Makanan dan minuman boleh dibeli di kedai serbaneka 24 jam (convenience store) yang mana lebih menjimatkan dan banyak pilihan. Di Jepun, kedai serbaneka lebih dikenali dengan konbini. Kepelbagaian makanan dan minuman yang boleh dipilih terutamanya berasaskan makanan laut.

Antara makanan yang murah dan boleh dimakan ialah onigiri [๐Ÿ™、ใŠใซใŽใ‚Š], iaitu sejenis nasi kepal dibalut dengan rumpai laut atau dipanggil nori [ๆตท่‹”]. Dalam kepalan nasi tersebut terdapat pelbagai kandungan inti seperti tuna mayonis, salmon, udang dan sebagainya. Tetapi awas dan perlu berhati-hati, ada sesetengah onigiri mengandungi inti berisi daging. Harga onigiri dalam lingkungan ¥100 ~ ¥150 dan amat berpatutan. Bertanya lebih baik untuk elakkan rasa was-was dalam hal ini.
Kedai Serbaneka di Jepun
Bersesuaian dengan namanya “Convenience Store” atau lebih dikenali di Jepun sebagai Konbini adalah sebuah kedai serbaneka 24 jam dibuka sepanjang masa. Pelbagai barangan jualan daripada baju, barangan elektronik, bento, perkhidmatan pos dan fotokopi, membeli tiket penerbangan / konsert dan membayar utiliti & cukai dan sebagainya disediakan yang mana menjadi sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat Jepun.  Sektor perniagaan ini lebih bernilai dan tinggi berbanding ekonomi di Sri Lanka.

Rahsianya ialah pembaharuan stok jualan sepanjang masa. Kedudukan konbini boleh menjadi sebahagian daripada sebuah stesen minyak, di tepi jalan raya yang sibuk , berhampiran stesen keretapi atau hab pengangkutan yang lain. Konbini biasanya mengenakan harga yang jauh lebih tinggi daripada kedai-kedai runcit konvensional atau pasar raya.  Namun, konbini pastinya akan memberikan keperluan kepada mereka yang perlukan sesuatu dalam masa kecemasan dan memudahkan pelanggan.

Thursday, 25 April 2019

Etika Semasa Melancong Ke Jepun Perlu Dipatuhi Oleh Pelancong Malaysia


Rumah Penduduk Jepun Di Pinggir Tokyo
Jepun merupakan negara yang mengamalkan budaya displin yang cukup mantap. Maka, tidak hairanlah sekiranya setiap peraturan yang diwujudkan dapat dipatuhi oleh mereka. Di sini disertakan beberapa tips dan panduan yang perlu dipatuhi oleh setiap pelancong agar Malaysia tidak dipandang sebagai rakyat kelas ketiga.
  • Tawar - menawar harga semasa membeli bukan menjadi amalan kebiasaan di Jepun. Sekiranya anda memulakan tawar - menawar sehingga ke harga yang diberi oleh penjual, pastikan anda membelinya. 
  • Meninggalkan bilik hotel dalam keadaan bersepah dan tidak kemas. Masyarakat Jepun amat menitikberatkan "Do It Yourself" hinggakan bilik hotel ditinggalkan dalam keadaan teratur apabila daftar keluar bilik.
  • Mengambil gambar tanpa kebenaran individu seperti mengambil gambar budak-budak Jepun. Ini membolehkan anda didakwa oleh pihak berkuasa sekiranya tertangkap.
  • Menghisap rokok di tempat awam. Ruangan menghisap rokok disediakan dan pastikan anda mematuhi.  
  • Membuang sampah di merata tempat dan tidak mengasingkannya mengikut kategori iaitu plastik, tin, botol dan kertas.Amalan kitar semula menjadi budaya bermula daripada kecil lagi.
  • Bercakap dengan nada kuat semasa berada di restoran, di dalam keretapi, bas dan juga tempat awam. Masyarakat Jepun amat tidak suka mereka yang membuat bising terutamanya di dalam keretapi. Banyak pelancong Malaysia bercakap dengan nada kuat kerana terlalu "excited" apabila di tempat asing. 
  • Karpet bilik solat basah selepas mengambil wuduk walaupun sudah disediakan tempat lap kaki. Ruangan bilik di Jepun amat sempit maka, perkara mengambil wuduk tidak akan sama sepertimana di Malaysia. Perlu berhati-hati dan ambil wuduk dengan tenang serta tidak memercikkan air.
  • Masukkan kaki ke dalam sinki semasa mengambil wuduk. Perkara ini sering terjadi apabila sukar mencari tempat yang sesuai. Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan botol air mineral amatlah sesuai apabila membasuh kaki.
Suasana malam di sekitar Akihabara, Tokyo
Jambatan merentasi sungai di tengah bandaraya Tokyo

Alangkah malunya sekiranya kita tidak menunjukkan displin dan sikap yang elok semasa berada di negara orang. Ingatlah, kita adalah sebagai duta kecil yang membawa imej Malaysia apabila melancong ke luar negara terutamanya di Jepun. Masyarakatnya amatlah sensitif dengan sebarang ketidakpatuhan yang dilakukan oleh rakyat asing walaupun kecil pada pandangan mata kita.


Facebook : AKU SEBUAH DIARI 

Mutiara Kata Daripada Kalam Tuhan

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al.Hujurat (13)
 https://www.facebook.com/akusebuahdiary/