Hari Raya cukup bermakna kepada semua orang setelah sebulan berpuasa. Dari awal Ramadhan, manusia mula melakukan pelbagai persiapan untuk raya terutamanya 10 hari terakhir Ramadhan.
Persiapan dilakukan sudah, dengan menghiasi rumah dan kuih muih. Namun, raya tahun ini tidak lengkap jika tidak dipenuhi dengan kesemua ahli keluarga. Ada suami kerja jauh tidak dapat kembali ke kampung. Ada pula isteri menjalankan tanggungjawab kerja di hari raya pertama. Ada juga ahli keluarga yang kesakitan tidak dapat pulang dan perlu habiskan hari raya mereka di hospital.
Bertuahlah mereka yang dapat sama-sama merayakan hari istimewa dengan pelbagai karenah dan ragam. Adik abang kakak mak ayah nenek dan datuk berceloteh dan bergurau senda di halaman rumah mahupun di dapur. Itulah kesyukuran yang perlu dihargai daripada belas ihsan Yang Maha Agong.
"Nasi himpit dihidang acar ara,
Dimakan bersama dengan bondanya,
Limpahan nikmat tak terkira,
Hendaklah bersyukur pada Nya."
Selamat hari raya dan maaf zahir batin 😃
No comments:
Post a Comment