Kita sering dengar tentang rakan-rakan atau saudara-mara mahupun ahli keluarga terkena dengan jangkitan kuman di dalam tubuh. Jangkitan ini boleh mengakibatkan gejala-gejala yang biasa kita ketahui iaitu demam, sakit sendi atau urat dan juga susah bernafas.
Dalam istilah perubatan, jangkitan kuman boleh dibahagikan beberapa kategori samada jangkitan secara bersentuhan, melalui permakanan, luka, gigitan serangga dan sebagainya. Kali ini kita akan tekankan kenapa jangkitan kuman ini tidak dicegah seawal mungkin boleh akibatkan kemudaratan iaitu maut.
Kuman (atau bakteria, virus dsb) sekiranya memasuki saluran darah ianya akan mula menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti organ-organ penting iaitu jantung, paru-paru dan juga otak. Jika sampai pada tahap ini, rawatan bertambah rumit.
Contoh 1 :
Si A merasakan paha kanannya sakit. Beliau beranggapan terseliuh urat atau otot. Lalu beliau mendapatkan rawatan di klinik swasta. Namun, sakitnya masih ada dan membengkak. Lalu sekali lagi beliau ke klinik yang sama dan apabila diperiksa doktor menyarankan beliau ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
Dengan kadar segera, Si A mendapatkan rawatan. Hasil daripada pemeriksaan darah, ujian x-ray, ultrasound dan visual inspection mendapati beliau terkena jangkitan kuman peringkat permulaan iaitu jangkitan kuman di bawah permukaan kulit dan belum peringkat bernanah.
Sekiranya peringkat bernanah, pembedahan perlu dilakukan dengan kadar segera. Namun, kini hanya rawatan antibiotik diberikan kepada beliau untuk hentikan penularan bakteria kepada saluran darah dan seluruh badan yang lain.
Pencegahan awal dapat mengelakkan malapetaka yang lain. Ini kerana, maut boleh berlaku sekiranya jangkitan kuman merebak ke otak atau jantung.
Kuman atau bakteria memang tak akan dapat dielakkan. Pencegahan awal seperti menjaga keadaan persekitaran dan badan amatlah penting untuk kurangkan risiko ini. Jangkitan kuman akan mudah terkena kepada bayi atau kanak-kanak dan juga orang dewasa yang diperingkat umur pertengahan (38 tahun ke atas) kerana sistem imun masih belum stabil atau sudah menurun.
Pengambilan vitamin atau supplement serta makanan berkhasiat dab sihat perlu dititikberatkan bagi elakkan risiko jangkitan kuman ini.
Semoga coretan ini dapat membantu memahami kronologi jangkitan kuman pada manusia.
Gambar hiasan: Wad di hospital