Saturday, 9 June 2018

HARI LEBARAN

Hari Raya cukup bermakna kepada semua orang setelah sebulan berpuasa. Dari awal Ramadhan, manusia mula melakukan pelbagai persiapan untuk raya terutamanya 10 hari terakhir Ramadhan.

Persiapan dilakukan sudah, dengan menghiasi rumah dan kuih muih. Namun, raya tahun ini tidak lengkap jika tidak dipenuhi dengan kesemua ahli keluarga. Ada suami kerja jauh tidak dapat kembali ke kampung. Ada pula isteri menjalankan tanggungjawab kerja di hari raya pertama. Ada juga ahli keluarga yang kesakitan tidak dapat pulang dan perlu habiskan hari raya mereka di hospital.

Bertuahlah mereka yang dapat sama-sama merayakan hari istimewa dengan pelbagai karenah dan ragam. Adik abang kakak mak ayah nenek dan datuk berceloteh dan bergurau senda di halaman rumah mahupun di dapur. Itulah kesyukuran yang perlu dihargai daripada belas ihsan Yang Maha Agong.

"Nasi himpit dihidang acar ara,
Dimakan bersama dengan bondanya,
Limpahan nikmat tak terkira,
Hendaklah bersyukur pada Nya."

Selamat hari raya dan maaf zahir batin 😃

Friday, 8 June 2018

Jangkitan Kuman

Kita sering dengar tentang rakan-rakan atau saudara-mara mahupun ahli keluarga terkena dengan jangkitan kuman di dalam tubuh. Jangkitan ini boleh mengakibatkan gejala-gejala yang biasa kita ketahui iaitu demam, sakit sendi atau urat dan juga susah bernafas.
Dalam istilah perubatan, jangkitan kuman boleh dibahagikan beberapa kategori samada jangkitan secara bersentuhan, melalui permakanan, luka, gigitan serangga dan sebagainya. Kali ini kita akan tekankan kenapa jangkitan kuman ini tidak dicegah seawal mungkin boleh akibatkan kemudaratan iaitu maut.
Kuman (atau bakteria, virus dsb) sekiranya memasuki saluran darah ianya akan mula menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti organ-organ penting iaitu jantung, paru-paru dan juga otak. Jika sampai pada tahap ini, rawatan bertambah rumit.
Contoh 1 :
Si A merasakan paha kanannya sakit. Beliau beranggapan terseliuh urat atau otot. Lalu beliau mendapatkan rawatan di klinik swasta. Namun, sakitnya masih ada dan membengkak. Lalu sekali lagi beliau ke klinik yang sama dan apabila diperiksa doktor menyarankan beliau ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
Dengan kadar segera, Si A mendapatkan rawatan. Hasil daripada pemeriksaan darah, ujian x-ray, ultrasound dan visual inspection mendapati beliau terkena jangkitan kuman peringkat permulaan iaitu jangkitan kuman di bawah permukaan kulit dan belum peringkat bernanah. 
Sekiranya peringkat bernanah, pembedahan perlu dilakukan dengan kadar segera. Namun, kini hanya rawatan antibiotik diberikan kepada beliau untuk hentikan penularan bakteria kepada saluran darah dan seluruh badan yang lain.

Pencegahan awal dapat mengelakkan malapetaka yang lain. Ini kerana, maut boleh berlaku sekiranya jangkitan kuman merebak ke otak atau jantung.
Kuman atau bakteria memang tak akan dapat dielakkan. Pencegahan awal seperti menjaga keadaan  persekitaran dan badan amatlah penting untuk kurangkan risiko ini. Jangkitan kuman akan mudah terkena kepada bayi atau kanak-kanak dan juga orang dewasa yang diperingkat umur pertengahan (38 tahun ke atas) kerana sistem imun masih belum stabil atau sudah menurun.
Pengambilan vitamin atau supplement serta makanan berkhasiat dab sihat perlu dititikberatkan bagi elakkan risiko jangkitan kuman ini.
Semoga coretan ini dapat membantu memahami kronologi jangkitan kuman pada manusia. 
Gambar hiasan:  Wad di hospital 

Salam Perkenalan

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Blog ini lebih kepada pandangan peribadi penulis dan coretan kehidupan seharian. Apa yang baik kita kongsi, dan apa yang buruk hendaklah kita jauhi.

Kehidupan merupakan sebuah roda yang berpusing. Daripada bahagian bawah naik ke puncak atas dan akhirnya jatuh kembali. Apabila jatuh, adakah roda itu akan berpusing kembali? Itu bergantung kepada individu pemilik roda. Kuatnya semangat, dipusingkan kembali roda hingga kemuncak dan terus berhenti.

Itu lah kehidupan. Semuanya ditentukan oleh diri kita sendiri. Sedangkan Tuhan selalu mengatakan "tidak akan Aku ubah nasib sesebuah bangsa, selagi bangsa itu tidak mahu berubah". Dengan tegas Tuhan berfirman namun hidayah dan kesedaran tetap milik mutlak Yang Maha Esa.

Wokeylah...banyak coretan pada permulaan blog yang tak seberapa ini. Jika anda semua berminat, boleh kongsi dengan bebas dengan syarat bagitahu lah penulisnya di sini dulu.

Salam Ramadhan daripada teruteru bouzu.  〖Jumaat, 8 Jun 2018〗